Wednesday, February 8, 2012

SENG RI KUAI LE SIFU




SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 25

Pertama sekali srikandi ingin berkongsi pengalaman mengenai seorang senior yang paling akrab dengan srikandi. Umurnya tidak jauh berbeza dengan srikandi malah tarikh lahir juga hampir sama. Namanya biarlah srikandi rahsiakan buat sementara waktu.

?????? 09/02/1987      Srikandi 02/09/1987     lihat angka dan keseluruhan nombor tersebut.


Sewaktu mula mengenalinya, srikandi berpendapat dia seorang yang sombong mungkin kerana tahapnya lebih senior walaupun berusia lebih muda. Itu pandangan pertama srikandi kepadanya. Namun saat menjejak kaki ke tingkatan 6 rendah. Srikandi terpaksa melalui minggu orientasi yang memang kurang  di gemari. Pasti inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh beberapa orang senior untuk mengenakan srikandi. Dalam erti kata lain membalas dendam atau apa jua yang sewaktu dengannya. Secara kebetulan pengarah program orientasi tersebut adalah sahabat yang saya maksudkan. Di situlah permulaan kepada keakraban yang terjalin diantara kami. Banyak mata-mata yang tidak senang dengan keakraban yang ditunjukkan olehnya lantaran boleh dikatakan dia merupakan seorang senior yang diminati ramai. Enggan bertanggapan negatif, srikandi meneruskan langkah minggu orientasi dengan sabar. Tekaan dan jangkaan awal ternyata benar, entah dimana silapnya srikandi sering menjadi mangsa mereka. di denda berkaki ayam di gelanggang tenis, menolak bangunan hadapan dan masuk berendam di dalam kolam milo sekolah yang kotor dan berbau. Namun, Cuma sebentar saja kerana dia datang dan agak marah melihat keadaan itu lantas mengarahkan kami naik dan mengeringkan baju. Pasukan lain sedikit pun tidak menerima nasib sepertimana kumpulan srikandi. Ketika wakil di minta untuk kehadapan pasukan srikandi mengarahkan daku ke hadapan. Kemudian setiap orang diminta memberikan ucapan sambil rakan-rakan yang lain tidak mempedulikan sebarang perbahasan itu malahan membaling kertas, botol dan sebagainya. Orang lain tidak seteruk mana diperlakukan oleh senior tetapi  srikandi kena kaw-kaw!!!!!.....Dalam Dewan srikandi tidak menangis tapi di luar ya..sudah pasti menitis juga air mata…dia datang dan memujuk srikandi ketika itu sedangkan orang lain tidak menerima pujukan istimewa seperti itu…. Rindu bila mengenangkan keakraban itu yang berlanjutan sehingga di masuk ke Universiti.

Selepas ketiadannya, buku-buku rujukan miliknya diberikan kepada srikandi. Penghargaan dan terima kasih srikandi ucapkan padanya. Bantuan dan kekuatan itu sebahagiannya daripada dorongan dan sokongan yang diberikannya. Terlalu banyak yang dikongsikan bersama. Begitu juga kisah cintanya semasa di Universiti. Cinta umpama autum in my heart..hebat dari winter sonata agaknya. Namun srikandi gembira mendapat khabar berita darinya yang tidak pernah melupakan kehadiran ku sebagai seorang adik. Dia pernah katakan padaku bahawa diriku sudah rasmi sebagai adinda kepadanya kerana dia juga sudah menganggap  seperti itu.  Alhamdulillah itulah yang mampu ku luahkan. Namun sesuatu terjadi kepada dirinya, dia memberitahu srikandi bahawa dia disahkan menghidap penyakit yang agak berbahaya. Srikandi memang menangisi keadaan itu dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya sehingga kini. Biarpun masa telah berubah dan masing-masing punya cara hidup berbeza. ikhlas dari hatiku tetap mendoakan kesejahteraan dirinya. Hanya pada Allah sahaja ku pohonkan agar dia diberikan kekuatan untuk terus mengharungi kehidupannya. Semoga dia juga bertemu jodoh yang akan dapat membahagiakan dirinya dan menerima seadanya.

HEPI BFDAY MY SIFU& MY BROTHER..MAY ALLAH BLESS U

 

 

Puisi ini khas bagimu....

DAKU DAN KAMU

Ku punya sekeping hati
Melihat dikau di kala sunyi
Walau di pisah laut dan bumi
Takkan  hilang senyumanmu di sanubari

Ku punya sayap indah
Membawa dikau ke bulan purnama
Ku tak mahu engkau berduka
Hapuslah semua kepedihan di sana

Biar daku meneka hatimu
Walau enggan bicara padaku
Sepi itu dasarnya hatimu
Sesali takdir menimpa dirimu

Maafkanku
Andai tidak punya waktu untukmu
Bukan niatku menjauh darimu
Keterbatasan menekanku
Menjauh membiarkan dirimu

Kau janji padaku
Menggantung sepasang sayap milikku
Menyimpan keikhlasanku  
Kerana kau kekanda buatku
Takkan benar hidupku
Tanpa berita darimu….

selamat hari lahir sahabatku....


by Piao Liang Adawiah 09/02/2012

MF@RA 2012


 

No comments:

Post a Comment