Wednesday, July 31, 2013



Padamu Ramadhan

Ramadhan kian berlalu
Membawa pengharapan berlagu
Moga bersua di lain waktu
Menyapa ampun rahmat agung-Mu

Seluas lautan rindu
Bertamu mengingatimu
Biar berpisah jasad nyawamu
Takkan terpisah darah batinku

Menantimu indah walau takkan ketemu
Merinduimu payah walau telah mencuba
Kehilanganmu mencengkam sanubari parah
Berasak-asak mendamba pelukanmu
Yang nyata hilang selamanya

Ramadhan
Berlalulah membawa salam kasihku
Sampaikan ucapan sayangku
Nyatakan agar ia menantiku
Di pintu syurga jua pertemuan itu

23 Ramadhan – KPTMSS

Wednesday, July 24, 2013


 AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.....

Menyambut ketibaan bulan ramadhan merupakan suatu janji anak Adam kepada Allah untuk mendapatkan keampunan, rahmat dan berkahnya. Dibulan yang mulia ini srikandi memohon maaf atas segala salah dan khilaf yang dilakukan..Semoga amal ibadah akan diterima-Nya.

Menyambut Ramadhan selepas bergelar seorang isteri amat berbeza dengan sebelumnya..terlalu banyak kenikmatan yang diperolehi tatkala bangun menyiapkan juadah untuk sahur, solat berjemaah bersama suami dan berbuka puasa. Sekalipun tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna kerana srikandi dikurniakan anugerah terbesar iaitu kandungan yang mencecah hampir tiga bulan.. Di setiap sujud kami memohon agar kandungan ini sentiasa dipelihara sebagai lambang kesucian cinta dan ibadah kepada Allah. Semoga alunan kitabullah dan zikrullah disetiap hari-hari ramadhan ini akan menjadi lambang kesyukuranku kepada-Mu ya Allah.

Tahun kedua tanpa ayahanda begitu berbekas dihati apatahlagi malam ke 15 Ramadhan srikandi bermimpi bertemunya, melihat kesucian diwajah dan senyumannya..Alangkah indahnya andai kita dapat bersama lagi seperti dulu. Namun siapa kita menidakkan takdir dan ketentuan Allah. Tidak pernah sekelumit pun hati ini melupakanmu ayah apatahlagi disepanjang kehidupan ini engkaulah sumber inspirasi dan kekuatanku. Kerinduan ini memang tiada penghujungnya hanya doa yang dapat ku kirimkan buatmu ayahanda moga dirimu sentiasa dalam lindungan-Nya.

 


ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua
roh berkumpul di Luh Mahfuz
memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada
yang tidak dibenarkan. Roh yang
dibenarkan pulang adalah kerana
amalan baik mereka semasa hayat
mereka ataupun ada penjamin-
penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan
kesalahan mereka semasa hayat
mereka akan terus di penjara di Luh
Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan
adalah pergi ke tanah perkuburan
untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke
rumah anak2 mereka, orang yang
mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan
mereka dengan harapan orang yang
mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka. Perkara ini
akan berlarutan sehinggala tibanya
Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat
tinggal kepada jasad dan pulang
semula ke Luh Mahfuz dengan
bekalan yang diberikan oleh mereka2
yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan
semasa hayatnya boleh dibantu
dengan doa orang2 yang masih
hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal
dunia masih mendapat bekalan dari
orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan
biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan
sedekah daripada kita. Sesungguhnya
apabila mati seseorang anak adam
itu, terputus ia semua hal kecuali 3
perkara iaitu doa anak2 yang soleh,
ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa
ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan
hal yang sama. Yang jelas jika anda
tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk
saling menasihati dalam kebenaran
dan beramal soleh. Jika anda
melakukan dengan ikhlas insya Allah
anda akan mendapat ganjaran pahala
kebaikan

Monday, May 13, 2013






















ALHAMDULILLAH SAAT NETRI INI DITULIS SRIKANDI TELAH MENJADI SEORANG ISTERI GENAP SEBULAN.

DOAKU....
* Srikandi mengharapkan sinar kebahagian dunia dan akhirat bersama suami
* Rezeki yang baik untuk keluarga kami berdua
* Zuriat yang soleh dan soleha
* Keredhaan Allah dan seluruh keluarga...

terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan srikandi. 


Monday, March 18, 2013



ALHAMDULILLAH..SYUKUR KERANA MASIH DIBERIKAN NAFAS UNTUK TERUS MENGHIRUP UDARA NYAMAN DI BUMI MU TUHAN....

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLAH ALLAHUAKBAR....


INSYALLAH HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU AKAN MENJELANG TIBA... JUJUR SRIKANDI KATAKAN.. PERHUBUNGAN YANG HALAL HANYALAH MELALUI PERKAHWINAN.. CINTA YANG DIJAGA ITU MILIK ALLAH DAN SEBAGAI HAMBANYA KITA HARUS REDHA ATAS SEGALA SURATAN YANG DI TETAPKANNYA.

ALHAMDULILLAH TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN PERASAAN SEBENAR.. HANYA PADA ALLAH TEMPAT SRIKANDI BERDOA MOGA MAJLIS YANG DIRANCANG AKAN BERJALAN LANCAR. AMIN..YA RABBAL ALAMIN

BUAT DIRI SENDIRI DAN RAKAN-RAKAN YANG AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN..SEMOGA SELAMAT MENJADI ISTERI YANG SOLEHA DAN PENDAMPING YANG TERBAIK UNTUK SUAMI. DOAKAN PERKAHWINAN SRIKANDI DALAM LINDUNGAN DAN RAHMATNYA.

TELAH TIBA MASANYA CINTA YANG DISULAM HAMPIR SEMBILAN TAHUN INI DIAKHIRI DENGAN PERKAHWINAN... SYUKUR SRIKANDI PANJATKAN JUGA KERANA SEHINGGA KINI HUBUNGAN YANG DIJALIN ITU MASIH DALAM KEADAAN UTUH ATAS IZINNYA.. SEGALA DUGAAN DAN RANJAU YANG PERNAH DITEMPUHI TU HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUINYA.








24.03.2013  MOHD. ASWAN & RABIATUL ADAWIAH

Tuesday, March 5, 2013



Janji Ibu Pertiwi

Bila semboyan bernanyi lagi
Riuh rendah tempik berlari
Mengenang nyawa dan nasib diri
Diceroboh di tanah sendiri

Bila semboyan berkumandang lara
Kudrat dikerah nyawa diudara
Meluru perkasa meninggalkan semua
Serah untung nasib pada-Nya

Jumaat indah menyaksi sengketa
Mempertahan maruah bangsa
Biar nyawa galang gantinya
Tidak gentar gugur syuhada

Bumi ini tumpahnya darahku
Biar menyaksi kekentalan jiwaku
Perang penceroboh agenda utamaku
Terus mara pertahan maruahku

Andai ku gugur dimedan ini
Anggaplah suratan takdir ilahi
Usah kesal usah ditangisi
Inilah janjiku pada ibu pertiwi


01 mac 2013
Semporna Sabah



PUISI ini srikandi tulis rentetan perjuangan di Lahad Datu. gugurnya pahlawan yang kita kasihi. Sebagai penduduk asal negeri Sabah, berat rasa hati ini untuk menyingkap kembali kejadian tersebut. Bermula dengan pemergian dua anggota VAT 69,  kami disini sangat merasai pemergian tersebut. Pengorbanan mereka tiada tara dan bandingannya. Hanya Allah sahaja tempat memohon agar mereka diberi rahmat dan keampunan..sesungguhnya mereka syahid dimedan perang. 


Seandainya Srikandi diberi pilihan antara pena dan senjata...srikandi pasti memilih senjata demi maruah bangsa dan Sabah yang tercinta. Para syuhadah yang gugur itu telah memberikan sepenuhnya pengorbanan sekalipun yang dicerobohi bukan tanah tumpah darah mereka. Tapi atas rasa tanggungjawab dan semangat keperwiraan, mereka mara dan bertempur habis-habisan.. Kesedihan melihat jenazah mereka begitu dirasai. Srikandi mewakili masyarat Semporna dan Lahad Datu amat menyanjung tinggi pengorbanan mereka. Takziah kepada seluruh keluarga, pada anak dan isteri mereka..maafkan kami semua..jagalah diri baik-baik dan usah menangis lagi..Allah menjanjikan syurga untuk mereka yang syahid di medan perang...

Seluruh masyarakat Sabah terutamanya Semporna dan Lahad Datu..sama-sama kita berdoa..usah gentar dan ragu lagi..tanah ini milik kita..wilayah ini wilayah berdaulat..sekali dicerobohi kita akan terus berjuang hingga titis darah yang terakhir..


1. Inspektor Zulkifli Mamat 
2. Sarjan Sabaruddin 
(dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah) 



ANGGOTA MENINGGAL DUNIA DI SEMPORNA SABAH.

1. Superitenden Ibrahim Lebar – Cawangan Khas, Bukit Aman
2. ASP Michael Padel – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Aziz Sarikun – Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran – IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran – Batalion 14, PGA Tawau




Tuesday, January 15, 2013



AWAN BIRU KU

Bianglala muncul kembali
Setelah sepurnama bersembunyi
Menghapus kesepian ini
Memadam kedukaan di hati

Ku nanti kerianganmu
Di setiap sudut duniaku
Inginku bawah wajahmu
Agar jiwaku kembali berlagu

Saban hari ku merindu
Warna-warni  di awan biru
Biar tersenyum hatiku
Berlalu lohongan sendu

Ceritera bertamu lagi
Riwayat  Sang Perindu
Pawana kasih mekar bertamu
Kuntum-kuntum indah bianglala
Kekal menghiasi awan biruku

Piao Liang Adawiah
14 Jan 2013






                                                       MAIGA ISLAND, SEMPORNA