Janji Ibu Pertiwi
Bila semboyan bernanyi lagi
Riuh rendah tempik berlari
Mengenang nyawa dan nasib diri
Diceroboh di tanah sendiri
Bila semboyan berkumandang lara
Kudrat dikerah nyawa diudara
Meluru perkasa meninggalkan semua
Serah untung nasib pada-Nya
Jumaat indah menyaksi sengketa
Mempertahan maruah bangsa
Biar nyawa galang gantinya
Tidak gentar gugur syuhada
Bumi ini tumpahnya darahku
Biar menyaksi kekentalan jiwaku
Perang penceroboh agenda utamakuTerus mara pertahan maruahku
Andai ku gugur dimedan ini
Anggaplah suratan takdir ilahi
Usah kesal usah ditangisi
Inilah janjiku pada ibu pertiwi
01 mac 2013
Semporna Sabah
PUISI ini srikandi tulis rentetan perjuangan di Lahad Datu. gugurnya pahlawan yang kita kasihi. Sebagai penduduk asal negeri Sabah, berat rasa hati ini untuk menyingkap kembali kejadian tersebut. Bermula dengan pemergian dua anggota VAT 69, kami disini sangat merasai pemergian tersebut. Pengorbanan mereka tiada tara dan bandingannya. Hanya Allah sahaja tempat memohon agar mereka diberi rahmat dan keampunan..sesungguhnya mereka syahid dimedan perang.
Seandainya Srikandi diberi pilihan antara pena dan senjata...srikandi pasti memilih senjata demi maruah bangsa dan Sabah yang tercinta. Para syuhadah yang gugur itu telah memberikan sepenuhnya pengorbanan sekalipun yang dicerobohi bukan tanah tumpah darah mereka. Tapi atas rasa tanggungjawab dan semangat keperwiraan, mereka mara dan bertempur habis-habisan.. Kesedihan melihat jenazah mereka begitu dirasai. Srikandi mewakili masyarat Semporna dan Lahad Datu amat menyanjung tinggi pengorbanan mereka. Takziah kepada seluruh keluarga, pada anak dan isteri mereka..maafkan kami semua..jagalah diri baik-baik dan usah menangis lagi..Allah menjanjikan syurga untuk mereka yang syahid di medan perang...
Seluruh masyarakat Sabah terutamanya Semporna dan Lahad Datu..sama-sama kita berdoa..usah gentar dan ragu lagi..tanah ini milik kita..wilayah ini wilayah berdaulat..sekali dicerobohi kita akan terus berjuang hingga titis darah yang terakhir..
1. Inspektor Zulkifli Mamat
2. Sarjan Sabaruddin
(dari Unit 69 Komando
yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah)
ANGGOTA MENINGGAL DUNIA DI SEMPORNA SABAH.
1. Superitenden Ibrahim Lebar – Cawangan Khas, Bukit Aman
2. ASP Michael Padel – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit – Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Aziz Sarikun – Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran – IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran – Batalion 14, PGA Tawau
No comments:
Post a Comment