Tuesday, February 7, 2012

AKU, ELA DAN MIZA



Tanpa ku sedari sudah hampir 5 tahun lamanya ku menjadi perantau di bumi yang asing bagiku. 2007 adalah permulaan kepada kehidupanku di sebuah Kota Metropolitan. Usai menerima keputusan SIJIL TINGGI PEPERIKSAAN MALAYSIA (STPM) aku mendapat perkhabaran yang pastinya membuat diriku keliru. Aku menerima surat tawaran dari Universiti Malaya yang menempatkan diriku di Akademi Pengajian Melayu. Alhamdulillah hanya tuhan yang tahu kegembiraan itu setelah berusaha sebaik mungkin dalam peperiksaan yang dihadapi. Ayahanda orang yang paling berat hati untuk melepaskan kepergian ku. Mungkin juga kerana aku lah anak bongsu perempuannya yang memang sentiasa berada di sisinya. Aku memang menyayangi ayah melebihi diriku sendiri, apa pun akan ku lakukan demi membanggakannya. Bonda walaupun lebih menyayngi adik bongsu ku namun aku tidak pernah berkecil hati..malah jauh di lubuk hati yang paling dalam aku berterima kasih kepadanya kerana menjadikan aku seorang anak yang tabah dan cekal melalui liku-liku kehidupan di kota besar seperti ini.

2007/2008- bermula kehidupanku sebagai seorang mahasiswa, mengenal dan mempelajari erti kehidupan. Berusaha menjadi dewasa dalam lingkungan kasih sayang yang jauh ditinggalkan. Aku sering menangis, malah begitu merindui kehadiran keluarga tercinta. Ku kuatkan hati demi sebuah kejayaan yang ingin ku hadiahkan buat orang tua ku. Di sini aku bertemu rakan-rakan sebaya yang mengambil jurusan sama. Ramizah Rajid begitulah nama sahabat pertama yang aku iktiraf sebagai teman sejati. Diikuti pertemuan dengan pelajar bernama Suhaila Muhamad yang akhirnya menjadi sahabat sejatiku sepanjang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Kami menyulam kenangan dan kegembiraan yang tidak ternilai harganya sepanjang menuntut di Akademi Pengajian Melayu. Di sini tempat aku dilahirkan sebagai seorang anak Melayu, mementingkan bahasa, budaya, seni, sastera dan kesopanan. Tempat inilah yang menjadikan aku manusia sebenar. “ Memanusiakan seorang manusia bukanlah tugas yang mudah” tapi mungkin aku berjaya dilahirkan sebagai seorang mahasiswa yang hormat dan menghargai ilmu. Di sini juga aku belajar bagaimana untuk menguruskan projek-projek di akademi. Pengalaman ini menjadi pengajaran buat diriku dalam usaha memperbaiki kelemahan diri.

2009- Mungkin boleh dianggap tahun yang paling bermakna buat diriku dan sahabat-sahabatku. Tahun ini rasanya menjadikan diriku seorang mahasiswa yang matang dan mampu berfikir dengan bijaksana. Tahun ini juga menjadi tahun yang paling menyedihkan dalam hidupku. Namun siapa kita untuk tidak redha dengan kehendak takdir. Setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan penyelesaiannya. Projek Festival Akademi Pengajian Melayu berlangsung dan aku memegang jawatan sebagai timbalan pengarah. Tanggungjawab itu mungkin membuatkan aku berada dalam kesibukan yang nyata. Program Pertukaran Pelajar Ke Beijing Foreign Studies University juga berada dalam waktu yang serentak. Diriku juga diberi kepercayaan mengetuai satu bahagian penting Protokol dan Perhubungan Luar. Kesibukan ini ternyata membataskan aku untuk berinteraksi dengan seseorang yang telah bersamaku selama ini. Aku terlalu leka dengan tanggungjawab dan soal kepimpinan yang aku pegang. Mungkin perubahan yang berlaku itu ada hikmahnya. Kehilangan yang aku rasakan begitu sakit dan perit namun aku menemui diriku sendiri. Aku menyedari kesilapan bukan datang hanya darinya tapi mungkin diriku juga. Inilah yang dikatakan pelajaran daripada kesilapan lalu. Allah masih member peluang kepadaku untuk bermuhasabah diri. Mungkin selama ini aku seperti kanak-kanak yang sering diperhatikan oleh orang-orang disekelilingku sehingga aku tidak menyedari aku juga perlu untuk menjadi dewasa.

2009- Beijing Foreign Studie University – Sahabat sejatiku masih terus bersama walau bagaimana juga keadaan diriku. Kekecewaan itu aku pendamkan saja. Ku bawa ia pergi jauh agar aku mampu menemui jawapan. Ya!!! Aku menemui kasih sayang yang tulus sepanjang berada di China. Hampir 45 hari berada di sana sudah cukup menyedarkan aku sahabat baikku seperti Ela dan Miza takkan boleh ku cari gantinya. Mereka teman dunia akhirat yang selalu ada untuk aku. Di sana juga aku memperolehi kasih seorang abang yang pastinya akan selalu aku kenangkan. Kemesraan, gelak tawa dan keindahan itu umpama mimpi yang hadir di saat aku lagi parah dan perit. Kasih sayang yang ku berikan memang datang tanpa ku sedari. Benar katamu kita telah silap meletakkan nilainya. Walau apa juga yang berlaku seiring dengan kemaafan dan ketulusan aku tetap menyayanginya. Buat kedua-dua mereka ikhlas dari hatiku semoga maju jaya dalam mendidik anak bangsa. Ela dan Miza terlalu panjang untuk aku ceritakan mengenai kita bertiga..Cuma gambar ini sahaja yang akan mengingatkan diriku pada kalian….










2010- tarikh ini menjadi penghujung perjalanan kita bertiga apabila berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun . Aku bersyukur memunyai sahabat seperti kalian. Ela kau teman yang sering mengerti gelak tawaku..teman yang akrab dengan kesedihanku..Miza teman yang paling memahamiku. Mendukung segala usaha dan berkorban untuk merealisasikan impian bersama. Apa juga yang berlaku aku tetap merindui kalian. Mungkin jalan hidup sudah berbeza tapi doaku mengiringi perjalanan kalian…

No comments:

Post a Comment