ASSALAMUALAIKUM
Saat entri ini srikandi tuliskan, sahabatku Saiful Fitri Bin Jamil masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Beliau telah teribat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motorsikal di sekitar kampung halamannya di Johor. Kini beliau ditempatkan di wad ICU Hospital Muar. Khabar terbaru yang srikandi terima beberapa minit lalu, keadaannya masih kritikal namun lebih baik berbanding awal pagi tadi. Hanya pada Allah S.W.T doa srikandi panjatkan agar dia diberikan kekuatan melalui segala dugaan ini.
Saiful Fitri Jamil merupakan satu nama yang agak asing bagi srikandi pada awalnya kerana dia merupakan pelajar senior di Akademi Pengajian Melayu. Namun, atas sebab kesihatan ayahnya, fitri berkorban masa setahun untuk menjaga dan melihat keadaan keluarganya. Kemudia pada saat pertemuan pertama seluruh mahasiswa yang mengambil Sarjana Pengajian Melayu. Saat itulah pertama kalinya bertemunya.
Delegasi Pascasarjana Akademi Pengajian Melayu 2011 adalah detik menemukan srikandi dengannya lantaran tuntutan kerja yang perlu diselesaikan. Pengarah projek ketika itu amat sibuk dengan kerja dan komitmen yang lain. Maka srikandi bersama Fitri mengambil alih tanggungjawab mengetuai perjalanan keseluruhan projek. Daripada sekecil-kecil masalah sehinggalah sebesar-besar masalah kami berdua tekun menghadapinya dengan sokongan padu beberapa orang rakan-rakan yang lain seperti Ramizah, Evelyn dan Teresia. Kami sanggup tidak balik ke kampung halaman walaupun ketika itu cuti dan rakan-rakan yang lain sudah kembali ke kampung. Setiap kali srikandi mengalami tekanan kerja yang berat, dia selalu member kata-kata semangat dan perangsang. Bantuan Saudara Jailani juga ketika itu menguatkan kerjasama kami berdua. Jujurnya Saiful Fitri adalah insane yang penuh dengan tanggungjawab dan mementingkan persahabatan. Bukan kerana soal kerja, tetapi naluri sebagai manusia yang akan saling bantu membantu membuatkan dirinya rela berpenat lelah dan tenaga.
Srikandi dan Fitri akhirnya berjaya menyiapkan tugasan penting yang membawa kami semua ke Makassar pada tanggal 10 Jun – 8 Julai. Kami mengahdapi pelbagai masalah dan pergolakkan dalaman antara ahli. Namun masalah itu dapat diatasi denganbaik olehnya sebagai seorang yang berdedikasi. Tanggungjawab itu terpancar saat rakan-rakan yang lain satu persatu menghadapi masalah kesihatan. Srikandi bersama Fitri juga menjaga seorang teman yang ditempatkan di wad akibat mengalami masalah kesihatan yang serius. Pengorbanan ini memang sukar srikandi lupakan kerana semua masalah itu akan menjadi mudah dengan bantuan daripadanya.
Makassar atau lebih tepatnya Desa Pancana Kabupaten Barru merupakan tempat srikandi, Fitri dan Evlin berjanji untuk menjadi sahabat juga adik beradik. Terlalu banyak kenangan kami bertiga, kemana juga pasti akan bersama. Gambar-gambar yang diambil olehnya adalah kenangan yang amat berharga buat srikandi dan Evelyn. Kami bertiga pernah duduk di sebuah empangan yang panas semata-mata untuk bercerita mengenai keluarga dan masa depan masing-masing. Berkongsi suka duka dan tanggungjawab sebagai seorang anak yang ingin menjaga orang tua. Kami juga ke pantai tidak mengira waktu sehingga kulit kami berubah menjadi lebih gelap. Saat itu tidak akan mungkin terulang lagi dan kami Cuma mampu mendoakan kegembiraan dan kesembuhannya.
Pada minggu lalu, srikandi mempelawanya untuk turut serta bersama teman-teman yang lain ke EXPO BUKU di PWTC. Kami mendengar seminar dan berkomunikasi sesama kami untuk mendapatkan input dan ilmu pengetahuan. Srikandi juga bersama Fitri telah menemani rakan-rakan yang datang dari Makassar ke Kuala Lumpur untuk membentangkan kertas kerja dan pameran manuskrip. Tergambar seketika kenangan yang rasanya baru seketika di lalui bersamanya. Srikandi bersama Fitri telah membawa saudara Taslim dan Pak Sudirman ke Uni. Malaya untuk membeli cenderahati buat rakan-rakan di sana. Ketika itu memang terasa amat menggembirakan walaupun sedikit kelelahan. Seharian kami membawa mereka ke dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Jalan Tunku abdul Rahman. Usai selesai membeli barangan itu, Srikandi bersama Fitri diminta untuk berehat sebentar di penginapan saudara kami dari Makassar itu. Masih terbayang gelak tawa dan senda gurauan bersama mereka.
Ketika menghantar srikandi kembali ke rumah sewa, fitri sempat bergurau menyatakan bahawa dia agak lapar dan ingin makan. Tetapi srikandi menolak kerana sudah kelelahan dan malam semakin bertamu. Kami berbincang mengenai pelbagai perkara termasuk masalah yang dihadapinya. Sempat juga srikandi menasihatinya untuk bersabar dengan segala ujian dan dugaan Allah. Dia begitu kuat dan sentiasa tersenyum sambil menyatakan dia masih mampu menghadapinya. Semalam juga lewat SMS dia memberitahu srikandi mengenai pertemuannya dengan orang penting dalam hidupnya dan kekesalan serta perasaan marahnya. Sekitar jam 2 subuh dia masih sempat menghantar pesanan melalui FB yang berbunyi “hmmm fit berikan masa dalam seminggu, kita lihat macam mana. Fit balik KL hari ini.
9.00 pagi- menerima pesanan FB daripada saudara Jailani menyatakan bahawa Fitri kemalangan. Srikandi terpaku dan tidak mampu berkata apa pun. Akhirnya Srikandi mendail nombor milik Fitri yang dijawab oleh kekandanya mengesahkan berita ini. Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang terjadi. Srikandi benar-benar mengharapkan Fitri kembali sedar dan mampu berbicara seperti sediakala.
ku kirimkan doa dan bacaan yasin buatmu sahabat..semoga kau akan sedar semula...amin
No comments:
Post a Comment