Nampaknya entri ni belum berakhir lagi...sifu meminta srikandi menyambung semula entri tadi. sebenarnya srikandi sudah lama mengenalinya, malahan sejak kecil lagi. tapi pastinya sewaktu dia SPM aku pula tingkatan 4 jurusan yang sama LKJ. Persatuan LKJ telah meletakkan dia sebagai naib pengerusi 1 dan aku sebagai naib pengerusi 2..srikandi dengan dia tidak pernah sekali pun berbicara jauh sekali bergurau senda. pastinya timbul rasa jengkel dan menyampah seringkali melihat dia di kawasan pembelajaran yang sama.
Namun seiring dengan perjalanan usia yang bertambah, segalanya menjadi baik. Pernah sekali "spotcheck" barang di sekolah, awal-awal lagi dia sudah memaklumkan bahawa perkara itu akan dilakukan. al maklumlah dia juga pengawas sekolah. kiranya beruntung juga memiliki abang seperti dia. Semasa orientasi itu, ada satu hal yang tidak akan boleh srikandi lupakan. Mungkin dia juga sudah lupa perkara itu. sejak awal orientasi telah diberikan sebuah buku dan sehelai kertas bercetak nama samaran beberapa orang senior yang bertugas. kebanyakkannya senior wanita ya sudah pasti tidak menyukai srikandi kerana dia terlalu membrikan perhatian. agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan tandatangan. pelbagai denda dikenakan. Srikandi pergi mendapatkan tandatangan seorang wanita anggun...ya mungkin peminat dia juga..tapi denda sehingga tiga empat jenis. akhirnya x jadi juga meminta.. srikandi degil orangnya dan tidak akan mahu tunduk pada orang lain. Dia selalu menyelamatkan ku,......kertas itu diambil daripada srikandi untuk diberikan kepada teman-temannya. Yang lain semua ditandatangan sendiri olehnya.Tujuannya agar adiknya tidak menerima denda yang teruk. Asalkan ada waktu terluang dia pasti datang dan berbual bersama ku tanpa mempedulikan beberapa orang wanita2 senior yang meminatinya. akhirnya srikandi juga mendapat sepucuk surat..ya mungkin juga ugutan atau amarah agar srikandi jauh daripadanya. Srikandi pendamkan saja surat itu biarlah...Sifu mendapat tahu mengenainya setelah tamat oerintasi. dia memarahiku kerana menyembunyikan hal itu di luar pengetahuannya.
beberapa hari setelah mula sesi pembelajaran. Senior-senior turun dan datang ke blok kami 6 rendah. Pastinya situasi dan keadaan itu amat menjengkelkan aku. belum pun sempat tiba di kawasan anak tangga. dia sudah dikerumuni beberapa orang rakan-rakan wanita 6 rendah... agaknya peminat tegar yang memberikan beberapa keping gambar padanya. Ah..malas untuk melayani mereka. srikandi perhatikan saja dikejauhan. Mungkin tujuannya itu untuk bertemu srikandi (barangkali) kerana akhirnya dia datang juga ke kelasku dan bertanya itu dan ini mengenai pembelajaran selama beberapa hari. Di kelas yang sama juga beberapa pelajar seolah-oleh memusuhi srikandi kerananya. Kalaulah mereka tahu bahawa dia itu cuma abang saja pasti hal ini takkan berlaku. Pernah sekali seorang rakan berkata sesama mereka "ala dia memang sengaja nak cari perhatian. takkan lah abang tu boleh minat kat dia" aduhai sakit juga hati mendengarnya tapi biarkan saja lah.
sampai begitu sekali obses mereka terhadapmu sifu....perlantikan Persatuan Tingkatan Enam (PERTESMA) srikandi dilantik sebagai timbalan. mulut-mulut sumbang juga mengaitkan jawatan itu dengan dia. "tidak heran la kerana dia rapat dengan...". banyak juga tekanan yang dihadapi kerananya...mengingati semuanya akan membuatkan srikandi tersenyum. Mereka semua salah tafsir dan akhirnya srikandi menjadi mangsa.
semasa Srikandi sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, kami masih sering berhubung sebagai sahabat. 2009- ketika srikandi dihimpit kekecewaan dan kesedihan, dia yang paling awal mengetahui. srikandi cuma ada dia waktu itu untuk meluahkan segalanya. solat juga cuma berendam airmata dan kesedihan sedangkan di kala itu peperiksaan sudah hampir. Srikandi masih ingat kata-katanya " KALAU KAU BETUL-BETUL ADIK KU JANGAN BERSEDIH LAGI. EXAM SUDAH SEMAKIN HAMPIR.. DAPATKAN RESULT YANG TINGGI" . hari demi hari dia tidak pernah lupa memujuk dan menasihatiku. Walau ketika itu dia juga sakit tapi masih mampu terus memerhatikan srikandi. suaranya mampu menenangkan perasaan sedihku...alhamdulillah srikandi bangkit kembali memperolehi keputusan yang lebih baik. Srikandi juga sering menghantar pesanan sms seandainya telah lama tidak berhubung kembali. Seusai kembali dari Beijing kami agak jauh. Namun pada saat srikandi ke Thailand masih sempat menghubunginya. Alhamdulillah bersyukur punya abang dan sahabat sepertinya. dimana juga takkan bisa ku cari penggantinya. ketulusan dan keikhlasan sebagai abang itu yang lebih penting...
SELAMAT HARI LAHIR SIFU......
No comments:
Post a Comment