Monday, February 27, 2012

Ingatan terakhirku sahabat.....


ASSALAMUALAIKUM w.t.b

Saat entri ini ku tulis, Alhamdulillah telah ku sempurnakan satu tugasan yang amat berat untuk ku lakukan. Permintaan untuk mengumpulkan makalah hasil penelitian di Makassar bagi tujuan penerbitan sememangnya akan memberi hambatan dan cabaran buatku. Tersentak apabila muncul persoalan bagaimana dengan makalamu sahabatku…..Evin terima kasih juga kerana sudi memberikan kekuatan padaku untuk terus mengambil alih tanggungjawab mengumpulkan bahagian penting makalah yang dilakukannya dulu.

Saat menerima panggilan dari Prof Nurhayati, secara tidak langsung teringat semula expo buku yang telah membawa kami semua berkumpul dan mengakhiri saat-saat indah dengan kegembiraan bersamamu sahabat. Bila ku lihat semua gambar-gambar di sana..menitis juga air mataku melihat potretmu. Ibu, saya pasti ke sana untuk bertemu mu.. doakan kehidupanku akan lebih bermakna selepas ini. sesingkat apa pun perkenalan kita tidak akan dapat menghapus semua keindahan bersama dirinya. Semanis wajah dan senyumannya begitulah indah persahabatan kita semua bersamanya. Saiful Fitri adalah nama yang tidak mungkin akan luput diingatan ku. Sahabat dan teman sejati yang pernah hadir memberikan warna dalam kehidupan kita semua. Buat seluruh Team Of Makassar, kita akan selalu merinduinya.

Sekilas teringat…

Jujur ku katakan sepanjang proses memastikan kami menjejak kaki ke Makassar selama sebulan, itu adalah usaha Fitri. Rasanya tidak keterlaluan andai ku katakan segalanya pasti tidak akan terhasil tanpa dukungan fitri yang bersamaku ketika susah dan senang sepanjang proses pengurusan itu berlangsung. Makalah yang diminta itu membuatkan diriku terkesima dan cuba mencerna pelbagai pertanyaan yang tidak mampu ku temui jawapannya.
 Teringat lagi saat pembentangan makalah di AKADEMI PENGAJIAN MELAYU yang dipengerusikan oleh diriku. Secara kebetulan sesi itu membariskan sahabat dan kekandaku. Saiful Fitri bersama makalahnya Amalan dan Upacara Barzanji Di Desa Pancana juga adinda kami Evelyn Anak Entusan dengan tajuk Sistem Kekerabatan Masyarakat Bugis. Ternyata sehingga ke hari ini aku masih tidak mampu membuang semua kenangan itu dari segenap penjuru kehidupanku. Kebaikan dan keikhlasannya amat dirindui oleh semua. Telah seminggu lebih dia pergi buat selamanya, dan kenyataan ini amat memeritkan tetapi harus diterima dengan tabah. Alhamdulillah sudah dapat menerima kehilangannya dan sentiasa mendoakan dirinya agar aman di sana. Setiap manusia akan kembali kepada-Nya Cuma mungkin berbeza waktu dan ketikanya.

Hari ini ku bersyukur pada Allah kerana ku diberikan kekuatan untuk membuka tesis sahabatku itu dan cuba mengeluarkan fakta penting bagi makalah yang di hasilkannya. Mungkin inilah sebabnya aku secara tidak sengaja telah membawa pendrive miliknya balik ke Rawang. Akhirnya aku hanya menghantar tesis tersebut melalui email untuk dihantar dalam bentuk CD kepada APM. Mujur salinan tesis itu masih rapi di dalam laptopku wahai sahabat.
Sahabat maaf kiranya aku tidak meminta keizinanmu terlebih dahulu. Ku tahu kau amat mempercayaiku dan kerana itu aku kuatkan semangatku melihat hasil kerjamu ini. Sahabat andai ku punya waktu , ingin aku katakan aku bangga menjadi sahabat dan adik kepadamu. Ini sahaja yang mampu ku lakukan untuk menghasilkan makalahmu sahabat. Moga isinya tidak terlalu jauh berbeza dengan kehendakmu ketika melakukan penelitian. 

Ikhlas dari hatiku sahabat, ku doakan moga dikau tenang di sana. Segala kenangan, kerinduan dan persahabatan itu biarlah menjadi coretan indah buat kami semua. Kehilanganmu mengajar aku erti persahabatan sejati bukan untuk seketika tetapi sampai bila-bila pun. Dikau akan kekal dalam sanubari kami semua… Amanlah di sana… AL- Fatihah….





28/02/2012 – Semporna, Sabah

Friday, February 10, 2012

kau sahabat kau teman ... SAIFUL FITRI JAMIL


KEPULANGAN KU    11/02/2012

Entri ini ku tulis khas buatmu sahabatku, abangku juga teman baik yang bernama Saiful Fitri. Fit, saat ini bing dah nak balik kampung. Fit kan dah janji nak datang ke Sabah. Evlin juga dah janji nak datang. Fitri, pertama kali dalam hidup bing terasa sedih yang tidak mampu diluahkan kepada siapa pun. Kepulangan ke kampung halaman kali ini disertai dengan kesedihan dan kepiluan kerana tidak dapat melihatmu di hospital walau seketika. Malah bing terpaksa meninggalkanmu dalam keadaan seperti itu. Fit jujur bing katakan melihat sekujur tubuhmu kaku dengan pelbagai alat dan bantuan mesin semakin membuatkan diriku hiba. Tidak ternilai harganya kenangan yang pernah kita lalui bersama-sama sebagai sahabat. Apatahlagi sebelum kepulangan mu ke Johor pada 05 hb febuari. Beberapa hari sebelum kemalangan yang menimpa dirimu.
Sahabat-sahabat yang lain perkembangan terbaru fitri yang saya terima dari Chue fitri…
  • Rimo Smile
    • oky bing - abg akan brtanyekn smua tu pd diorg sok ya - tengkiu bing - n masalh fitri skrg ni macm ade respon skit sje
about an hour ago
    • ntahla bang
    • kuat hati saya kata dia akan sedar semula
    • last msg dia pd saya minta tunggu seminggu
    • insyallah dia pasti sedar
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • kalau kita bisikn ditelinganye n brcakp sesuatu pdnye dia akn respon dn kita akn lihat screen nadinye akn aktif - seolah2 dia faham -
    • pastu tdi ptg abg n wife tgok dia wife abg sebut nama dia berkali2 tiba2 je kluar air mata sebelah kann....pehhh masa tu trase sebaaaakkkkk sgt2 - ( cry ) -
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • abg sabar ya
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • i tahu dia memg kuat smangt sgt2 - n tu smua krane berkat doa kita smua pd dia kn bingggg
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • mmg itulah sahabat baik..kmi jnji jd adk beradik
    • sejak dr indonesia
    • seminggu sblm fit balik johor
    • kami keluar p pameran buku setiap hari
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • hahaaa ye kee....
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • :-"(
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • kira uall nie anak saudara sy lahhh jdinye - smile
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • kami syg dia sbb dia sangat baik
    • pd semua org
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • eem panggil je sy pak usue atau biase fitri panggil sy CHUE... - SMILE
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • abg tdi ade x prof datang ctu?
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • ade2 -
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • ok
    • prof mokhtar dtg esok ke sana
    • dia pensyarah paling rapat dengan kami
    • cuma dia dlm cuti sabatikal
    • jd bru tau berita ini
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • bwa surat tu junior2 master
    • drg je yg ada kat fakulti
    • sbb tu minta drg bantu
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • ape pn bing esok klu ade perkembangn tentg kehadirn mereka nnti abg pasti gitau bing....
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • ya abg saya dah nak balik ke sabah
    • terasa berat sekali meninggalkan dia tanpa jenguk
    • sedih x blh nak ckp
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • bingggg.... - abg hrp2 sgt dlm masa nie bing atau kita dpt trus berhubung walaupn bing jauh di sabah nnti ye bingggg- cryyyyyyyy
    • harp2 sgt,,,,,kt bingggggg
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • ya bang...pasti
    • saya janji kalau fitri sembuh
    • saya pasti datang johor bersama dia
    • cry....
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • yg paling pentinnnngggg bing jangn putus buatkn solat hajt n ape2 jelahhh yg boleh kita sama2 bantu fitri ye binggg
  • Piao Liang Adawiah
about an hour ago
    • insyallah bang
  • Rimo Smile
about an hour ago
    • cryyyyy.... sebakkkkk sgt2 - skrg nie sbb u all sgt ambil bert terhadp kawn u all iaitu anak saudara saya - korg nie merupakan HERO dlm hati fitri dn juga bagi kami seluruh kluarga yg ade disini
  • Piao Liang Adawiah
59 minutes ago
    • tq chue
    • semua org syg dia..doakan dia
    • riau. makassar jg sama
    • semua bertanya khabar
  • Rimo Smile
56 minutes ago
    • kirimkn utusn salam yg tidk terhingga dari abg dn mewakili smua kluarga yg ade di muar johor - n katakn kalian adelah semangt atau HERO yg sebenar dlm hati fitri - n teruskn berdoa dn bersolat hajt untuk kesejahteraan beliau -
  • Piao Liang Adawiah
55 minutes ago
    • amin..insyallah saya akan sampaikan semua amanah ini
  • Rimo Smile
53 minutes ago
    • tengkiu bingggg
  • Piao Liang Adawiah
52 minutes ago
    • oo000 ye keee bingggg
    • tul2 tu....
    • bing bila berangkt pulang kr sabah.....
  • Piao Liang Adawiah
45 minutes ago
    • esok chue
    • tengah hari
  • Rimo Smile
44 minutes ago
    • ky abg nk siap2 ke hospital nie nnti ape2 hal bing contact chue atau mesej ky
    • balik nnti kirim salam abg buat kluarga bing di kampung laman ky -
  • Piao Liang Adawiah
44 minutes ago
    • ok ma kasih chue
    • salam jg buat fitri ya
  • Rimo Smile
43 minutes ago
    • same2 bingggg - smile
  • Piao Liang Adawiah
43 minutes ago
    • http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif
  • Rimo Smile
43 minutes ago
    • ky nnti abg cuba bisikn di telinga fitri - insyallhhh
  • Piao Liang Adawiah
43 minutes ago
    • tq sgt...
  • Rimo Smile
42 minutes ago
    • smile
    • wassalam bingggg - smile

Fit, pertama kali mendapat khabar kemalanganmu, terasa diri seperti patung. Kelu dan tidak mampu berkata apa pun. Cuma air mata mengiringi kesedihan yang ditanggung. Sejenak terfikir dibenak, andai bing punya masa…bing takkan biarkan fit pulang ke kampung membawa rasa yang terlalu pedih. Bing juga pasti akan turut serta ke Putrajaya seperti yang kita rencanakan bersama teman-teman lain. Tapi apa kan daya semuanya sudah berlaku, bing pasrah dan reda.

Masih terngiang ditelinga pesananmu “balik nanti jaga diri elok2. Jadilah tunang yang baik ya. Jangan degil dan selalulah dengar kata mak ayah”. “kita dah jauh x dapat jupa lagi..jaga diri leklok.” Fit terima kasih selalu menasihati bing walau kadangkala bing x melayan fitri. Bukan bermakna marah atau benci tapi tidak tahan dengan usikanmu. Namun semuanya menjadi satu kerinduan bukan pada bing sahaja tapi semua sahabat kita di Apm. Teringat lagi saat-saat akhir penghantaran tesis master. Fit pinjam 1 jilid tesis bing untuk buat contoh. Ya teringat saat itu…dalam tesis bing juga ada tulis nama fit dan evin serta seluruh team of Makassar.

Fit teringat lagi masa kita masam muka ketika melakukan kerja lapangan. Bing marah pada fit dan fit tak mahu makan sebab juga marah dengan bing. Evlin jadi orang tengah kita. Fit ingat kah telur rebus yang selalu menjad kegemaran bing dan buat fit serta evlin ketawa. Sampai hari ni bing tak tahu kenapa fit ketawa. Blh fit bagitahu???????? Bing takkan marah korang berdua. Percayalah.

Fit esok flight bing balik sabah. Bing pergi meninggalkan Kuala Lumpur, Universiti Malaya dan meninggalkan Fitri dengan rasa kesedihan. Fit Bangun lah. Jangan buat bing risau. Jangan buat bing menangis lagi. Bing perlukan sahabat sebaikmu. Kuatkan semangat mu ya. Bangun dari semua kesakitan ini. Fitri dah janji kan nak pegi temankan buat kajian di Makassar. Boleh tolong crikan teori untuk PHD bing. Bangun la fitri…. Bangun lah sahabatku…
Ketika ini apa juga yang bing tulis takkan mampu fit baca. Takkan mampu fit dengar. Fit Cuma doa sahaja yang tidak pernah putus  untuk kesembuhan fit. Bing sayang seorang kawan sebaik fitri. Kuatkan semangatmu fit..buka mata dan bangun, dengarkan suara keluargamu..suara orang yang sayang padamu… dengar fit..tolong kuat untuk kami semua.

Kepulanganku satu kesedihan yang tak terungkapkan..Evlin pesan ku Cuma satu ingatkan kawan-kawan datang jenguk fitri..ku tahu kau mampu sahabat. Kedatanganmu ke hospital membuatkan fitri bersemangat . percayalah ikatan kita bertiga takkan pernah padam dan putus. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain..jangan berputus asa terhadap dugaan yang menimpa fitri..terus berdoa semoga dia akan bangundan sembuh… 




fitri ko dapat a paper dr shahrudin..bangun la..tdi anak sapi dan anak gajah da datang kan...bapa tua bangun la ..kami mau makan mee...fit bangun la ing teman p beli makanan tuk kawan2...

FITRI- salam sayang dariku adikmu…sedarlah dari lenamu…kerana kami menantimu…

FITRI…EVIN…BING… ALWAYS IN MY MEMORIES…