Friday, March 9, 2012

MAC 2012

ALHAMDULILLAH SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH S.W.T

Setelah beberapa minggu berada di kampung halaman terasa diri ini dekat dengan keluarga. Aktiviti harian diisi dengan membantu keluarga di rumah dan memerhatikan tahap kesihatan ayahanda. Kesempatan yang diperolehi untuk menemani ayah setiapkali menjalani rawatan amat bermakna buat srikandi. Segala waktu yang berlalu dapat ditebus kembali untuk berada di sisi ayah dan ibu setelah tamat pengajian. Srikandi bersyukur diberikan kesempatan seperti ini dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Pembantu Penyelidik kajian Masyarakat Bajau dari aspek perniagaan-SRIKANDI menghabiskan masa selama dua minggu untuk melakukan penelitian berdasarkan agihan soal selidik. Syukur segalanya hampir selesai dengan bantuan beberapa orang rakan (samrin, asraf dan tunang tersayang). Rekod dan susunan data sahaja yang perlu diperhatikan lagi sementara menanti kehadiran dua orang prof dari Uni. Malaya ke Kampung halaman ini..

DI kesempatan ini srikandi juga mengucapkan syukur pada Allah  kerana pada bulan Mac karya srikandi berjudul “Akukah Pejuang” telah tersiar dalam majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadiah ini amat manis dan bermakna kerana sepanjang srikandi menulis dan berkarya, baru sekali ini berani untuk menghantar dan mencuba nasib di tunas cipta. Allah maha mengetahui segala usaha dan keinginan srikandi dalam mencipta lakaran puisi. Semoga apa yang dikejar dan diperjuangkan akan terus berada dalam lindungan serta rahmat Allah.  srikandi juga berharap semoga yang pertama ini akan menjadi pembakar semangat untuk melakarkan lebih banyak coretan bermakna buat masyarakat.

NAMUN kesihatan srikandi agak terjejas kerana menghadapi masalah tekanan darah yang agak rendah. Mungkin semua ini adalah dugaan Allah untuk menghapus dosa-dosa kecil. Kesakitan yang sedikit akan menyedarkan manusia mengenai nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia. Srikandi berdoa agar kesihatan semakin pulih seperti sedia kala.








No comments:

Post a Comment