PELANGI NAN INDAH
Syukur Alhamdulillah bertemu juga diriku dengan tahun baru 2013 bersama nafas dan kehidupan yang baru. Tiada seindah kata mampu diucapkan melainkan hanyalah kesyukuran pada Rabb atas segala kurniaan yang diberikan.
Melangkah ke tahun 2013 bersama Semangat baru di alam yang baru... Srikandi kini bukan lagi bergelar seorang mahasiswa tetapi sudah melangkah ke tahap baru iaitu mendidik anak bangsaku. Kolej Poly-Tech MARA menyambung semula perjuangan ku agar ilmu yang ada tidak terkubur bersama hari-hari yang akan berlalu. Sekali lagi Alhamdulillah atas kurniaanya.
2012 - Diari Kesedihan hidupku
Andai dibilang tahun-tahun yang dilalui sudah pasti srikandi amat mengingati tahun 2012 yang sudah melabuhkan tirainya. kehilangan demi kehilangan yang dirasai memberikan kesan mendalam dalam hidupku. Sungguh tidak mampu dihapus segala kenangan lalu bersama insan-insan yang senantiasa dirindui.
* Saiful Fitri Jamil - dimana kan ku cari ganti, sahabat terbaik yang pernah aku miliki. senyuman, kasih sayang dan segala kenangan itu akan terus bersemadi dalam hatiku. Pergimu membawa bersama keriangan dan tawaku. Namun aku pasrah dengan takdir itu..ku doakan dikau aman bersemadi disisi-Nya
*Haji Abdul Samad Bin Hj. Hassan - seindah namamu ku lakarkan keriangan. 25 tahun daku bersamamu, kasihmu, perhatianmu, cintamu dan semangatmu.. Aku kehilangan segalanya bersamamu.. seringkali diriku tersedar dikejauhan malam pastinya mengundang rasa sedih yang amat mencengkam. Kenangan menjagamu disaat-saat akhir itulah satu-satunya kenangan yang ku miliki. Ayah telah kau korbankan segalanya buatku namun titis keringat mu belum terbayar olehku. Maafkan aku duhai ayah yang dikasihi..
```````````separuh jiwaku pergi bersamamu`````````
Melewati hari-hari yang suram berteman helaian-helaian puisi yang dihantar ke Tunas Cipta. Srikandi meneruskan hidup, mencuba untuk bersemangat kental dan waja walau sesekali tersentak jua kerana hebatnya perjalanan hidup seorang wanita.
1 Disember - hidup sebagai pensyarah diterima dengan tangan terbuka. Insyallah ianya akan menjadi titik mula kepada perjuangan ini.
Harapan dan impian semoga tahun baru 2013 ini menjanjikan pelangi yang lebih indah dan ceria.. Syukur ya Allah.....
SELAMAT TINGGAL 2012 - SELAMAT DATANG 2013
SALAM SEMUA
SALAM TAHUN BARU
SALAM KERINDUAN
SALAM KASIH SAYANG
KENANGAN SEPANJANG 2012
KEJAYAAN KHUSUS UNTUK AYAHANDA TERSAYANG...AL-FATIHAH
MY BEAUTIFUL FRIENDS..MISS EVLIN..MAY GOD BLESS U.. SEE U AT MY HOMETOWN
No comments:
Post a Comment