ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk bersama menunaikan kewajipan sebagai khalifah Allah. Di kesempatan yang ada srikandi menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan-rakan yang lain kerana keputusan secara rasmi telah dikirimkan ke alamat rumah masing-masing. Nampaknya berakhirlah penantian kita semua untuk menamatkan pengajian di tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Srikandi juga bersyukur kerana menerima keputusan yang menggembirakan dan akhirnya berbaloi segala penat lelah, air mata dan kesengsaraan sewaktu melalui pengalaman ini. Bukan mudah untuk berada di tahap ini apatah lagi berdepan dengan pelbagai situasi rumit yang sering di hadapi oleh semua pelajar. Buat sahabat Ramizah Rajid tahniah juga kerana akhirnya kita berdua mencapai apa yang telah kita hajati. Insyallah bertemu di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya nanti. hakikatnya, pencapaian yang cemerlang tidak akan diperolehi tanpa bantuan rakan-rakan yang sering menggembirakan hari-hari yang agak suram. Keberadaan kalian menguatkan lagi semangat untuk mencapai kejayaan. Buat seluruh Team of Makassar i always miss u all... insyallah kita akan bertemu nanti..jangan pernah lupakan saya!!!!!
Tahap pendidikan bukan penentu sebenar dan pengukur sejauh mana tahap kebijaksanaan seseorang. Segala ilmu itu hanya pinjaman yang diperuntukkan kepada sesiapa yang mahu mencari... namun seseorang yang bijaksana itu perlulah menjadi lebih rasional dalam segala aspek. Menjaga adab, tertib dan perilaku sebagai seorang yang berilmu. Bijaksana bukan disukat melalui tahap pencapaian tetap sejauhmana seseorang itu pandai membawa diri sesuai dengan ibadah, pegangan dan akidah dirinya. Srikandi berharap agar menjadi seorang Sarjana yang cintakan ilmu pengetahuan demi pembangunan bangsa, agama dan negara. Moga selepas ini akan ada sinar yang cerah buat kehidupan dan kebahagiaan srikandi.
Buat insan tersayang, happy aniversary yg ke 2..semoga hubungan ini akan berkekalan di bawah naungan Allah. Doaku semoga kebahagian itu akan menjelma..insyallah Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambanya...
Monday, March 26, 2012
Friday, March 9, 2012
MAC 2012
ALHAMDULILLAH
SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH S.W.T
Setelah
beberapa minggu berada di kampung halaman terasa diri ini dekat dengan
keluarga. Aktiviti harian diisi dengan membantu keluarga di rumah dan
memerhatikan tahap kesihatan ayahanda. Kesempatan yang diperolehi untuk
menemani ayah setiapkali menjalani rawatan amat bermakna buat srikandi. Segala
waktu yang berlalu dapat ditebus kembali untuk berada di sisi ayah dan ibu
setelah tamat pengajian. Srikandi bersyukur diberikan kesempatan seperti ini dan
sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Pembantu
Penyelidik kajian Masyarakat Bajau dari aspek perniagaan-SRIKANDI menghabiskan
masa selama dua minggu untuk melakukan penelitian berdasarkan agihan soal
selidik. Syukur segalanya hampir selesai dengan bantuan beberapa orang rakan
(samrin, asraf dan tunang tersayang). Rekod dan susunan data sahaja yang perlu
diperhatikan lagi sementara menanti kehadiran dua orang prof dari Uni. Malaya
ke Kampung halaman ini..
DI
kesempatan ini srikandi juga mengucapkan syukur pada Allah kerana pada bulan Mac karya srikandi berjudul
“Akukah Pejuang” telah tersiar dalam majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hadiah ini amat manis dan bermakna kerana sepanjang srikandi
menulis dan berkarya, baru sekali ini berani untuk menghantar dan mencuba nasib
di tunas cipta. Allah maha mengetahui segala usaha dan keinginan srikandi dalam
mencipta lakaran puisi. Semoga apa yang dikejar dan diperjuangkan akan terus
berada dalam lindungan serta rahmat Allah.
srikandi juga berharap semoga yang pertama ini akan menjadi pembakar
semangat untuk melakarkan lebih banyak coretan bermakna buat masyarakat.
NAMUN
kesihatan srikandi agak terjejas kerana menghadapi masalah tekanan darah yang
agak rendah. Mungkin semua ini adalah dugaan Allah untuk menghapus dosa-dosa
kecil. Kesakitan yang sedikit akan menyedarkan manusia mengenai nikmat
kesihatan yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia. Srikandi berdoa agar
kesihatan semakin pulih seperti sedia kala.
Subscribe to:
Posts (Atom)