ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna..
pertama kali menyambut ramadhan tanpa ayahanda yang amat disayangi..namun kerinduan itu hanya mampu diterjemah melalui ingatan dan pesanan yang akan terus dilaksanakan tanpanya. Terawih bersama ke masjid masih terus dilakukan walaupun dalam hati kami merindui kehadiramu ayah. Kasihmu, sayangmu, cintamu akan terus mekar dalam kehidupan kami anak-anakmu. Al- Fatihah buatmu semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...juga seberkas ingatan dan bingkisan Al-Fatihah buat sahabatku Saiful Fitri..
KERINDUANKU
Kerinduan tidak terbilang harganya
Bimbang tidak bersua berbicara
Soal pahit manis pancaroba
Lukisan kanvas kehidupan
Berwarna wajah kepekatan
Menunggu kehadiran pelengkap
Perjalanan mencari
cinta-Nya
Kerana padanya lautan rahmat diiringi
Hamparan berkat nikmat dipayungi
titis-titis
rahmat tersedia luas
Dataran pengampunan-Nya
Penantian suci berbekas
Moga memadam awan kelam bernoda
Terbuka pintu taubat bercambah
Ibadah dan mahabbah pada-Nya
kerinduan Ramadhan Al-Mubarak
Rabiatul Adawiah Ab. Samad
Semporna, Sabah
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...MOGA MENJANJIKAN KEMANISAN